Pasukan LLRC FT bergaya membuka tirai kejohanan Liga Bola Sepak Kebangsaan DST 2011-2012 dengan menumpaskan pasukan MIISA United 4-1 pada persaingan kumpulan A di Kompleks Sukan Berakas, malam ini.
Kejayaan mencipta kemenangan sulung itu menceriakan skuad dari daerah telaga minyak untuk pulang dengan tiga mata penuh sekaligus menyuntik semangat keseluruhan pemain.
Sentuhan menarik Haji Mohd. Bahrin Haji Sahari ketika keadaan kelam kabut didalam kotak penalty berjaya disempurnakan dengan berkesan untuk menewaskan penjaga gol MIISA United, Mohd. Najib Haji Munap seawall minit ke 4.
MIISA United berusaha keras menyamakan kedudukan bagaimanapun menampilkan asakan yang kurang menjadi sehingga kerap kecewa di depan gawang lawan sebaliknya LLRC lebih bertenaga untuk menyumbang jaringan ke dua menerusi gerakan tepi yang bijak disudahkan oleh Md. Amirul Zafrey Md Norshaney diminit ke 36 hasil hantaran lintang.
Pasukan MIISA berjaya juga bangkit merapatkan kedudukan selepas tiga minit babak kedua bermula menerusi rembatan cantik Kassim Jafar hasil gerakan pantas.
Tetapi keceriaan anak buah Mohd. Isa tidak berpanjangan apabila Haji Md. Bahrin sekali lagi bijak mengunakan kelebihan rembatan kencang dari petak penalty yang gagal dijangkau oleh penjaga gol MIISA untuk kedudukan 3-1.
LLRC menghukum aksi longgar lawan dengan menerusi jaringan Haji Seidil yang mengunakan pengelamanan diminit ke 75 untuk memuktamadkan jaringan 4-1.