PASUKAN BRUNEI DPMM FC 2012. Selamat Berjuang, Harumkan nama Negara Brunei Darussalam..

LATEST RESULT / GAME






30 Mar 12Brunei DPMM (3)- : -Gombak United (0)
di Jurong West Stadium, Singapore..>>>>NEXT GAME....6 April >>>Brunei DPMM FC vs Court Young Lion di Stadium Negara Hassanal Bolkiah

Jumaat, 30 Mac 2012

Gombak United FC - 0 Brunei DPMM FC - 3

Penjaring;
Walid Lounis  - 26m (OG...bukan pemain tani ia ni)
Mohd. Shahrazen Mohd. Said - 35m
Barisu Osman - 49m

Khamis, 22 Mac 2012

Brunei DPMM FC - 1 Harimau Muda -1





Brunei DPMM FC berkongsi jaringan 1-1 dengan pasukan Harimau Muda. Sekalipun sekadar menambah satu mata, skuad didikan Vjeran Simunic perlu bangga menjadi pasukan pertama membolosi gawang pasukan Harimau Muda yang sebelum ini kebal tanpa digegarkan sebarang jaringan.
Pemain import, Rodrigo Grahl berjaya menyumbat jaringan diminit ke 59 sementara Robert Gray berjaya menyamakan kedudukan diminit ke 68.
Pasukan Brunei DPMM FC kini kembali menarajui tangga teratas Ligs S yang mempunyai kelebihan jaringan daripada pasukan Balestier Khalsa FC yang turut mengumpul 11 mata.

Jumaat, 16 Mac 2012

BRUNEI DPMM FC UNGGULI TERATAS LIGA S

Brunei DPMM FC - 4 Geylang United - 1

DYTM berkenan menyaksikan perlawanan

Mohd Shahrazen bersama rakan meraikan jaringan

Mohd Shahrazen memberi saingan kepada pertahanan Geylang


Rodrigo Grahl sentiasa dirantai pergerakannya





BRUNEI DPMM FC meneruskan koleksi kemenangan dalam persaingan Liga S. Geylang United menjadi mangsa terbaru dengan kedudukan 4-1. Barisu Osman dan Mohd. Shahrazen menerusikan menjadi nadi penjaring sambil Tales Dos Santos dan Helmi Zambin mula tunjuk bisa membantu membuat pasukan Helang kecewa selepas kedua pemain itu turut menyumbang jaringan.

Jumaat, 9 Mac 2012

TAHNIAH..Brunei Julang Piala Hassanal Bolkiah 2012

Brunei -2
Indonesia - 0






TAHNIAH...Tebuan Muda membuktikan Brunei jaguh bola sepak belia ASEAN..Satu lembaran baru memahat sejarah bola sepak tanah air. Kejayaan ini boleh dikaitkan  hasil produk B-League yang mengilap potensi pemain bola sepak peringkat akar umbi.
Syabas semua pembimbing yang telah berpenat lelah, mengorbankan masa, gigih mencipta kejayaan yang semuanya berbaloi.
Ini satu permulaan baik buat pasukan belia kita. Setentunya menjadi landasan untuk mengilap sinar mereka agar lebih menyerlah ke peringkat lebih jauh lagi.

Syabas..