PASUKAN BRUNEI DPMM FC 2012. Selamat Berjuang, Harumkan nama Negara Brunei Darussalam..

LATEST RESULT / GAME






30 Mar 12Brunei DPMM (3)- : -Gombak United (0)
di Jurong West Stadium, Singapore..>>>>NEXT GAME....6 April >>>Brunei DPMM FC vs Court Young Lion di Stadium Negara Hassanal Bolkiah

Jumaat, 30 Disember 2011

Kilanas FC dan Sri Sentosa kutip mata penuh



RESULT: Sri Sentosa beat Sansura FC 2-1
Sangsura FC Scorers: Md Sharul Lizam bin Sapar(55')
Sri Sentosa FC Scorers: Abd Aziz bin Hj Abu Bakar(2'), Othman bin Hj Apong(28')


RESULT : Kilanas beat wijaya 3-2
Kilanas FC  score Naasirudden Abd. Wahab 7', Md. Razi b.Hj Lamit 85', Md Nor Hidayatullah b.Hj. Zaini 88'.
Wijaya score  - A izat  Hj  Omar 29', Ak Anaqi Sufi Pg Hj Omar baqi 52'..

Selasa, 27 Disember 2011

QAF FC - 7 Liverpool SC -1





QAF FC  kalahkan Liverpool SC 7-1.
Jaringan diperolehi menerusi  Adie Arsham bin Mohd Salleh 2', 21' dab 62, Muhammad Hafis bin Mahari 38', 67' dan 80".  Mohd Hadiman bin Abdul Lamit 64',
Jaringan Liverpool SC menerusi  Norhamdaney bin Md Zain 57'.

Isnin, 26 Disember 2011

LLRC 11 Perkasa 1







LLRC menang besar ke atas pasukan Perkasa 11-1. Jaringan pasukan LLRC diperolehi menerusi Md Amirul  Jafrey diminit ke 2, Md Helmie Md Noorazmi (4, 70,76), Md Shah Hafiz Kifli (11min), Ak Md Azrul Ariffin (21min, 52 min) dan Safuan Johar (30 min, 45 min, 59min).

Jaringan pasukan Perkasa menerusi Redzuan Haji Takong diminit ke 35.

Tunas FC – 3 BSRC – 1







RESULT:
Tunas Beat BSRC 3-1
Jaringan pasukan Tunas diperolehi menerusi  Md Nazirul Hadi Hj Marsal 8th min,27th min,Md Zaim Jaya 46th min dan jaringan pasukan BSRC hasil sumbangan Md Firdaus Nasar 32th min.

Jumaat, 23 Disember 2011

Isnin, 19 Disember 2011

Liverpool SC ikat Tunas FC 2-2

Aksi menarik

Pemain Liverpool SC merayakan jaringan

Ketidapuasan pemain mendatangkan pergesaran dan perang mulut

Ahad, 18 Disember 2011


MEDIA RELEASE (19 DISEMBER 2011)

PENYERTAAN KELAB BOLASEPAK KOTA RANGER DAN KELAB BOLASEPAK SERI BOLKIAH 1 DALAM LIGA KEBANGSAAN DST 2011/2012.

JAWATANKUASA PENGANJUR LIGA KEBANGSAAN DST 2011/2012 TELAH MENGADAKAN MESYUARAT PADA 17 DISEMBER 2011, UNTUK MEMPERTIMBANGKAN RAYUAN KELAB BOLASEPAK KOTA RANGER DAN KELAB BOLASEPAK SERI BOLKIAH 1 UNTUK DI BENARKAN MENYERTAI SEMULA LIGA KEBANGSAAN DST 2011/2012. JAWATANKUASA PENGANJUR TELAH SEBULAT SUARA BERSETUJU UNTUK KEDUA KELAB BOLASEPAK BERKENAAN DI BENARKAN UNTUK MENYERTAI LIGA KEBANGSAAN DST 2011/2012 DAN SETERUSNYA DI SERAPKAN SEMULA KE DALAM KUMPULAN B LIGA BERKENAAN.
JAWATANKUASA PENGANJUR SENTIASA MENGALU-ALUKAN PENYERTAAN MANA-MANA JUA  KELAB BOLASEPAK YANG BERDAFTAR DENGAN NFABD, DALAM USAHA NFABD UNTUK MEMAJUKAN DAN MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN SUKAN BOLASEPAK DI NEGARA INI.

JAWATANKUASA PENGANJUR LIGA BOLASEPAK KEBANGSAAN DST 2011/2012

Setia Perdana berkongsi mata dengan Najib FC 1-1

Antara aksi menarik pertemuan pasukan Setia Perdana dengan Najib FC dalam kumpulan A yang berakhir dengan kedudukan 1-1.

Rabu, 14 Disember 2011

Kelab Bolasepak Kota Ranger dan Seri Bolkiah 1 di gugurkan dari Liga Bola Sepak Kebangsaan


MEDIA RELEASE
LIGA BOLASEPAK KEBANGSAAN DST 2011/2012
Penganjur Kejohanan Liga Bolasepak Kebangsaan DST telah merujuk  PERATURAN KEJOHANAN (TOURNAMENT RULES) hendaklah dipatuhi terutama bayaran pendaftaran bergabung menjadi ahli NFABD sebanyak lima puluh ringgit Brunei ( B$50.00) dan bayaran menyertai kejohanan diatas ( Ref Tournament Rule: 4: Competition Fee) sebanyak Satu Ratus Ringgit Brunei (B$100.00) yang mana kedua-dua bayaran tersebut dimestikan dijelaskan oleh setiap pasukan yang akan menyertai Liga tersebut selewat-lewatnya pada hari Rabu 3hb Disember, 2011, sebelum Liga Bolasepak Kebangsaan DST  (DST NATIONAL FOOTBALL LEAGUE) bermula. Mana-mana pasukan atau kelab dan persatuan yang gagal menjelaskan kedua-dua bayaran tersebut diatas maka pasukan, kelab dan persatuan berkenaan (terlibat) dengan sendirinya dikira menarik diri dari menyertai kejohanan tersebut diatas.
Jawatankuasa Kejohanan Liga Bolasepak Kebangsaan DST  (DST National Football League) 2011-2012 telah mengadakan mesyuaratnya pada hari Isnin 12hb Disember, 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat NFABD, khas membincangkan mengenai dengan penyertaan Pasukan Kelab Bolasepak Kota Ranger dan Seri Bolkiah 1 dalam penyertaan Liga Bolasepak Kebangsaan yang sedang rancak berjalan ketika ini. Pihak Jawatankuasa telah mendapati bahawa Pengurus-Pengurus Pasukan Kelab Bolasepak Kota Ranger dan Seri Bolkiah 1 sehingga pada hari Selasa 13hb Disember 2011 telah gagal (tidak) menjelaskan bayaran menyertai kejohanan (competition fee) sebanyak Satu Ratus Ringgit Brunei (BND $100.00 walaupun pihak Penganjur telah pun bertolak ansur dengan memberikan masa dan kelonggaran untuk menjelaskan bayaran tersebut sebelum mesyuarat Jawatankuasa membuat keputusan.
Dalam perkara ini, Jawatankuasa yang bersidang pada hari itu, Isnin 12hb Disember 2011 sebulat suara mengambil ketetapan dan membuat keputusan muktamad bahawa Pasukan Kelab Bolasepak Kota Ranger dan Pasukan Seri Bolkiah 1 telah dikeluarkan dari menyertai Liga tersebut diatas kerana gagal mematuhi dan telah melanggar peraturan kejohanan (tournament rules) Pra 4 : COMPETITION FEE berkuat kuasa serta merta pada hari Isnin 12hb Disember 2011.
Dengan keputusan tersebut pasukan dalam Kumpulan B hanya tinggal enam pasukan setelah pasukan Kelab Kota Ranger dan Pasukan Seri Bolkiah 1 yang telah diundi bermain dikeluarkan dari kumpulan tersebut.
Sekian yang dapat disampaikan kepada pihak yang berkenaan dan pihak NFABD berharap pasukan yang berkenaan dengan hati terbuka menerima keputusan ini sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan bagi kejohanan ini.



 
( MOHD NOOR HJ ABDULLAH )
Setiausaha Agong
Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam
Negara Brunei Darussalam .

14hb Disember 2011

Ahad, 11 Disember 2011

QAF - 3 BSRC - 1

QAF FC mengutip mata penuh selepas menumpaskan pasukan BSRC 3-1 di Kompleks Sukan Berakas

Sabtu, 10 Disember 2011

Muara Vella tumpaskan Wijaya 1-0

Pemain-pemain Muara Vella merayakan jaringan tunggul menerusi Abd Azim untuk menumpaskan pasukan Wijaya 1-0 dalam persaingan kumpulan D Liga Bola Sepak Kebangsaan DST 2011-2012

MS ABDB ikat MS POLIS DB 2-2

Sebahagian aksi menarik pertemuan MS ABDB vs MS Polis DB yang berakhir dengan kedudukan 2-2

Rabu, 7 Disember 2011

Muara Vella tampil percaturan berani

Pengurus pasukan Muara Vella, Awang Mohammad Haji Tunjang rangka percaturan berani ke pentas Liga Bola Sepak Kebangsaan

Pemain muda Muara Vella sedia bersaingan dalam kancah Liga Bola Sepak Kebangsaan




'Sentuhan Ajaib' ..itu bukan sandaran kami. Ia  tetap akan hadir apabila pemain-pemain berusaha bersungguh-sungguh untuk menciptanya.

Kata-kata semangat itu dilihat satu cabaran buat pemain-pemain muda Muara Vella yang rata-rata berusia 15-17 menggalas misi kejohanan Liga Bola Sepak Kebangsaan DST 2011-2012 bagi edisi pertama.'

Muara Vella akan membuka tirai cabaran menentang pasukan Wijaya di Padang dan Belapan Berakas, hari jumaat, 4.15 petang.


Awang Mohammad menjelaskan pemilihan pemain-pemain muda itu merupakan strategi jangka panjang kelab Muara Vella agar pemain berkenaan dapat menimba  pengelaman dengan  menghadapi cabaran yang berliku dalam pentas liga kebangsaan.

"Kita mempunyai keyakinan tinggi selepas melihat keupayaan mereka dalam mengharungi  persaingan kumpulan D sangat sengit memandangkan semua pasukan membuat persiapan rapi untuk memburu  status pasukan antara yang terbaik.


Sekalipun ketandusan pengelaman, Awang Mohammad  memuji kecekalan dan semangat juang yang tinggi yang telah ditunjukkan pemain-pemain sepanjang latihan dan ketika mengadakan perlawanan-perlawanan persahabatan sebelum ini.

“Kita melihat beberapa perkembangan yang positif kepada pemain selepas mengadakan beberapa siri  perlawanan panas badan sekaligus menunjukkan semua pemain berusaha keras untuk memantapkan permainan masing-masing”,jelasnya.


Pengurus pasukan itu mengharapkan agar semangat tinggi dan kemantapan mental serta usaha gigih yang dimiliki keseluruhan pemain perlu dikekalkan dan ditingkatkan sepanjang perjuangan mereka  dalam kancah liga bola sepak kebangsaan.

Awang Mohammad yakin, aspek berkenaan saja yang akan membantu pasukan Muara Vella untuk tampil selaku pasukan yang menjadi pencabar  dan pesaing yang digalati.



  


Selasa, 6 Disember 2011

Jerudong FC belasah Liverpool SC 5-1

Md Bazli merayakan jaringan hatrik




Pasukan Jerudong FC tidak memberi simpati kepada skuad Liverpool SC  untuk mencipta kemenangan selesa 5-1 pada saingan kumpulan B, Liga Bola Sepak Kebangsaan DST 2011-2012 di Padang dan Belapan. 
Tepukan penyokong Livepool SC tidaklah  segemuruh dengan sokongan lautan merah penyokong pasukan Liverpool FC yang mampu menyuntik semangat  skuad itu  pada liga EPL namun kemunculan pemain-pemain muda itu perlu meraih pujian atas keberanian mereka memberi saingan menarik diperingkat kebangsaan.

Md. Bazli Md. Saidin mencipta hatrik  sambil Md. Enddy Soehandy Awang Sapar dan Md. Hairun Lkhwan Kusnol masing-masing menyumbang satu gol.

Jaringan saguhati pasukan Liverpool SC  diperolehi menerusi tandukan menarik  Norhamdaney Md Zain diminit ke  23.

 

Isnin, 5 Disember 2011

LLRFC bergaya kutip mata penuh.





Pasukan LLRC FT bergaya  membuka tirai kejohanan Liga Bola Sepak Kebangsaan DST 2011-2012 dengan menumpaskan  pasukan MIISA United 4-1 pada persaingan kumpulan A di Kompleks Sukan Berakas, malam ini.
Kejayaan mencipta kemenangan sulung  itu menceriakan skuad dari daerah telaga minyak untuk pulang dengan tiga mata penuh sekaligus menyuntik semangat keseluruhan pemain.
Sentuhan menarik Haji Mohd. Bahrin Haji Sahari ketika keadaan kelam kabut didalam kotak penalty berjaya disempurnakan dengan berkesan untuk menewaskan penjaga gol MIISA United, Mohd. Najib Haji Munap seawall minit ke 4.
MIISA United berusaha keras menyamakan kedudukan bagaimanapun menampilkan asakan yang kurang menjadi sehingga kerap kecewa di depan gawang lawan sebaliknya LLRC lebih bertenaga untuk menyumbang jaringan ke dua menerusi gerakan tepi yang bijak disudahkan oleh Md. Amirul  Zafrey Md Norshaney diminit ke 36 hasil hantaran lintang.
Pasukan MIISA berjaya juga  bangkit merapatkan kedudukan selepas tiga minit babak kedua bermula menerusi rembatan cantik Kassim Jafar hasil gerakan pantas.
Tetapi keceriaan  anak buah  Mohd. Isa  tidak berpanjangan apabila  Haji Md. Bahrin sekali lagi bijak mengunakan kelebihan rembatan kencang dari petak penalty yang gagal dijangkau oleh penjaga gol MIISA untuk kedudukan 3-1.
LLRC  menghukum aksi longgar lawan dengan menerusi  jaringan  Haji Seidil yang  mengunakan pengelamanan  diminit ke 75 untuk memuktamadkan jaringan 4-1.

Ahad, 4 Disember 2011

Melodi Jaya kekalkan Kejuaraan



 
TAHNIAH.. Pasukan Melody Jaya dari Malaysia atas kejayaan mengekalkan kejuaraan berganda. Pulang membawa US2,000.00, Trofy dan Pingat iringan selepas menumpaskan pasukan Kurnia Medan City dari Indonesia menerusi sepakan penalti bagi acara Master Cup.

Namun paling mengembirakan ialah kejayaan pasukan I Team dari Negara Brunei Darussalam berjaya menjuarai Kategori Piala Veteran selepas menumpaskan pasukan PEM PRO Sumatra Utara.

Kejohanan bola sepak 2nd Brunei 7’s Remz Gym International Soccer Challenge 2011 yang disertai oleh 24 buah pasukan juga disertai oleh kelab-kelab dari negara jiran mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.

Tahniah Persatuan Bola Sepak Veteran dan terima kaseh kepada Remz Gym yang menaja kejohanan ini. 

Sabtu, 3 Disember 2011

Kejohanan Liga Bola Sepak Kebangsaan DST 2011-2012


Anakanda DYTM, Yang Amat Mulia Pengiran Muda 'Abdul 'Aleem  berkenan  memilih undian bagi perlawanan pembukaan  berkenaan (Gambar Jabatan Penerangan)


BERAKAS, Sabtu, 3 Disember. - Tirai Kejohanan Liga Bola Sepak Kebangsaan-DST 2011/2012 tersingkap dengan perlawanan pembukaan pertemuan pasukan Kota Ranger dengan BSRC dari Kumpulan 'B'.  BSRC menang 2-1 pada perlawanan pembukaan itu.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkenan merasmikan kejohanan berkenaan di Kompleks Sukan Berakas.

Anakanda DYTM, Yang Amat Mulia Pengiran Muda 'Abdul 'Aleem  berkenan  memilih undian bagi perlawanan pembukaan  berkenaan.

Sejumlah 32 pasukan yang dibahagikan kepada 4 kumpulan yang bermain secara round robin.
 

Selasa, 20 September 2011

PEMAIN POTENSI BRUNEI YOUTH TEAM BARISI PERSIAPAN PASUKAN HBT

Giat menjalani latihan
Regangan sebelum latihan
Azwan Ali Rahman(19)-penyerang , Ak. Abdul Halim(18)-penyerang, Mohd. Nurikhwan(18)-pemain tengah (tonggak utama BYT) bersemangat tinggi menjalani latiahan persiapan dalam menghapadi HBT
Haji Rosanan Abdullah pada sessi latihan BYT (Bekas penyerang Kebangsaan Brunei)


BANDAR SERI BEGAWAN, 21 September.  - Beberapa tonggak utama pemain potensi yang menyarungi jersi Brunei Youth Team telah dipilih menjalani latihan dengan pasukan negara dalam persiapan bagi menghadapi kejohanan HBT.

Ketika ini skuad HBT giat menjalani latihan dibawah kendalian Awang Koon (jurulatih pembangunan bolasepak JBS) yang dibantu oleh Haji Rosanan Abdullah Samak dan Moksen Haji Mohammad.setiap hari. (sessi pagi dan petang).

Jumaat, 16 September 2011

Skuad U-19 negara tumpas di Indonesia

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Pasukan kebangsaan bawah 19 tahun Indonesia mencatatkan kemenangan pertamanya pada kejohanan bola sepak Piala AFF di Yangon, Myanmar, petang semalam selepas membelasah skuad Negara Brunei Darussalam 10-0.
Indonesia dan Laos terikat seri 3-3 dalam perlawanan pertama. Dalam perlawanan kedua, pasukan merah dan putih tunduk kepada pasukan Vietnam 1-6.
Akhbar The Jakarta Post dipetik sebagai berkata Indonesia berpesta gol awal dengan menjaringkan enam gol pada separuh masa pertama.
Pada separuh kedua, pasukan Garuda yang rata-rata pemainnya masih muda mengekalkan tekanan ke atas pertahanan Brunei dan menjaringkan empat gol lagi sehinggalah wisel penamat ditiup.
Dengan keputusan itu, Indonesia menduduki tempat keempat dalam Kumpulan B, mengutip empat mata dari tiga perlawanan.
Indonesia kalah kepada Laos yang menduduki tempat ketiga dengan agregat gol, kerana kedua-duanya mengutip mata yang sama.
Vietnam berada di tempat teratas senarai peneraju walaupun ia mempunyai mata yang sama dengan Myanmar yang kalah dengan agregat gol. Pada perlawanan terakhir, Indonesia akan bertemu Myanmar pada esok di Pusat Latihan Belia di Yangon. (Sumber MEDIA PERMATA)

Selasa, 13 September 2011

DPMM FC galas misi baru



Dengan kehadiran semula ketua jurulatih DPMM FC, Vjeran Simunic kepangkuan kelab DPMM FC pastinya ada tersirat misi baru namun yang pasti ialah untuk melebarkan sayapnya dalam memajukan persada bolasepak lebih jauh.
Simunic yang telah disahkan menandatangani perjanjian selaku ketua jurulatih kelab DPMM FC telah memulakan tugasnya dengan memfokus kemantapan pemain-pemain tempatan.
Hampir keseluruhan pemain tongak kelab DPMM FC yang menyarungi jersi DPMM FC ketika beraksi dalam kejohanan Liga Singapura kembali turun ke padang menjalani latihan.
Blog Sukan Kitani akan sentiasa memantau perkembangan kelab berkenaan.

Syabas Muara Vella FC

Syabas pasukan Muara Vella FC atas kejayaan mencungkil bakat pemain-pemainnya yang bermula dari peringkat akademi sehingga ke peringkat belia. Sejak penyertaan kelab berkenaan bersaing di peringkat kebangsaan (Liga) telah memberi impak yang sangat signifikan kepada perkembangan dan kemajuan kelab berkenaan. Gambar (paling atas) menunjukkan ahli-ahli jawatankuasa kelab berkenaan merayakan kejayaan mereka sepanjang tahun 2011 sementara gambar paling bawah menyaksikan beberapa pemain muda Muara Vella telah terpilih mewakili negara dalam kejohanan U-14 diperingkat serantau.

Butra Heidelberg Cement Tour de Brunei 2011 berjaya


Duli  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah bergambar ramai dengan para pemenang setiap kategori kejohanan.(foto; Jabatan Penerangan).


BERAKAS, Ahad, 11 September. -  Cabaran Butra Heidelberg Cement Tour de Brunei 2011 menjadi landasan terbaik untuk mengangkat mutu sukan basikal di negara ini sekaligus mencungkil dan memberi pendedahan terbaik pelumba negara bersaing dengan pelumba antarabangsa yang sudah menempah nama.

Persaingan menarik  kejohanan yang disertai oleh  pelumba-pelumba profesional antarabangsa menerusi lima peringkat yang berliku cukup mendebarkan sebelum dinobatkan selaku juara.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat menyempurnakan penganugerahan hadiah-hadiah kepada pemenang  bagi Peringkat Ke-5 di Kompleks Yayasan Suitan Haji Hassanal Bolkiah di ibu negara, di sini.

Perlumbaan peringkat akhir itu bermula dan berakhir di Jalan Sultan di ibu negara selepas menjelajah  sejauh 146.5 kilometer dengan lima pusingan.

Makekimizan Ramin, pelumba Pasukan Tabriz Petrochemical daripada Republik Islam Iran muncul juara dengan catatan masa 3:37:32 sekali gus mengenepikan pelumba-pelumba dari pasukan Basikal Pro Terengganu dan Pasukan Kebangsaan Malaysia yang menguasai perlumbaan dalam semua peringkat sebelum ini.

Pelumba Jepun yang mewakili pasukan Basikal Pro Terengganu, Shinichi Fukushima yang mempunyai catatan masa yang sama dengan juara perlumbaan dan diikuti tempat ketiga oleh Phuchong Sai-Udomsin daripada pasukan Kebangsaan Thailand yang mencatatkan masa 3:37:35.

Pelumba negara, Md. Raihan Abd.  Aziz berada di tempat ke-9 dengan catatan masa 3:39:37 sekali gus berkongsi masa bersama pemenang tempat keempat.

Dalam kategori berpasukan, Pasukan Kebangsaan Thailand mencatatkan kumpulan masa 10:56:49 menyingkirkan pasukan Tabriz Petrokimia dari Republik Islam Iran untuk menduduki tempat kedua setelah berselisih dua saat di belakang  dan pasukan Kebangsaan Viet Nam berada di tempat ketiga dengan kumpulan masa 10:58:51.

Sementara dalam pendakian raja bukit di bahagian ketiga di kilometer 91.7  dimenangi oleh Phuchong Sai-Udomsin daripada pasukan Kebangsaan Thailand selepas  mengutip empat mata manakala  tempat kedua oleh Minh Thuy Bui daripada Pasukan Kebangsaan Viet Nam dan pelumba Jepun Motoi Nara daripada pasukan Basikal Pro Terengganu yang mengutip satu mata berada di tempat ketiga.

Dalam Kategori Pelumba Muda di bawah 23 tahun, Mohamed Adiq Husainie Othman dari Pasukan Kebangsaan Malaysia mengengam juara sambil Bambang Suryadi daripada  pasukan Polygon Sweet Nice dari Indonesia menjadi naib juaa  dan ketiga dimenangi oleh  Sarawut Sirironnachai dari pasukan Kebangsaan Thailand.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Harumkan Brunei Darussalam melalui sukan

Blog Sukan-Kitani direka bagi menyokong semua aktiviti sukan di negara ini sebagai suntikkan semangat kepada mereka yang berusaha  mengharumkan nama negara di peringkat kebangsaan, serantau mahupun antarabangsa.