PASUKAN BRUNEI DPMM FC 2012. Selamat Berjuang, Harumkan nama Negara Brunei Darussalam..

LATEST RESULT / GAME






30 Mar 12Brunei DPMM (3)- : -Gombak United (0)
di Jurong West Stadium, Singapore..>>>>NEXT GAME....6 April >>>Brunei DPMM FC vs Court Young Lion di Stadium Negara Hassanal Bolkiah

Selasa, 20 September 2011

PEMAIN POTENSI BRUNEI YOUTH TEAM BARISI PERSIAPAN PASUKAN HBT

Giat menjalani latihan
Regangan sebelum latihan
Azwan Ali Rahman(19)-penyerang , Ak. Abdul Halim(18)-penyerang, Mohd. Nurikhwan(18)-pemain tengah (tonggak utama BYT) bersemangat tinggi menjalani latiahan persiapan dalam menghapadi HBT
Haji Rosanan Abdullah pada sessi latihan BYT (Bekas penyerang Kebangsaan Brunei)


BANDAR SERI BEGAWAN, 21 September.  - Beberapa tonggak utama pemain potensi yang menyarungi jersi Brunei Youth Team telah dipilih menjalani latihan dengan pasukan negara dalam persiapan bagi menghadapi kejohanan HBT.

Ketika ini skuad HBT giat menjalani latihan dibawah kendalian Awang Koon (jurulatih pembangunan bolasepak JBS) yang dibantu oleh Haji Rosanan Abdullah Samak dan Moksen Haji Mohammad.setiap hari. (sessi pagi dan petang).

Jumaat, 16 September 2011

Skuad U-19 negara tumpas di Indonesia

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Pasukan kebangsaan bawah 19 tahun Indonesia mencatatkan kemenangan pertamanya pada kejohanan bola sepak Piala AFF di Yangon, Myanmar, petang semalam selepas membelasah skuad Negara Brunei Darussalam 10-0.
Indonesia dan Laos terikat seri 3-3 dalam perlawanan pertama. Dalam perlawanan kedua, pasukan merah dan putih tunduk kepada pasukan Vietnam 1-6.
Akhbar The Jakarta Post dipetik sebagai berkata Indonesia berpesta gol awal dengan menjaringkan enam gol pada separuh masa pertama.
Pada separuh kedua, pasukan Garuda yang rata-rata pemainnya masih muda mengekalkan tekanan ke atas pertahanan Brunei dan menjaringkan empat gol lagi sehinggalah wisel penamat ditiup.
Dengan keputusan itu, Indonesia menduduki tempat keempat dalam Kumpulan B, mengutip empat mata dari tiga perlawanan.
Indonesia kalah kepada Laos yang menduduki tempat ketiga dengan agregat gol, kerana kedua-duanya mengutip mata yang sama.
Vietnam berada di tempat teratas senarai peneraju walaupun ia mempunyai mata yang sama dengan Myanmar yang kalah dengan agregat gol. Pada perlawanan terakhir, Indonesia akan bertemu Myanmar pada esok di Pusat Latihan Belia di Yangon. (Sumber MEDIA PERMATA)

Selasa, 13 September 2011

DPMM FC galas misi baru



Dengan kehadiran semula ketua jurulatih DPMM FC, Vjeran Simunic kepangkuan kelab DPMM FC pastinya ada tersirat misi baru namun yang pasti ialah untuk melebarkan sayapnya dalam memajukan persada bolasepak lebih jauh.
Simunic yang telah disahkan menandatangani perjanjian selaku ketua jurulatih kelab DPMM FC telah memulakan tugasnya dengan memfokus kemantapan pemain-pemain tempatan.
Hampir keseluruhan pemain tongak kelab DPMM FC yang menyarungi jersi DPMM FC ketika beraksi dalam kejohanan Liga Singapura kembali turun ke padang menjalani latihan.
Blog Sukan Kitani akan sentiasa memantau perkembangan kelab berkenaan.

Syabas Muara Vella FC

Syabas pasukan Muara Vella FC atas kejayaan mencungkil bakat pemain-pemainnya yang bermula dari peringkat akademi sehingga ke peringkat belia. Sejak penyertaan kelab berkenaan bersaing di peringkat kebangsaan (Liga) telah memberi impak yang sangat signifikan kepada perkembangan dan kemajuan kelab berkenaan. Gambar (paling atas) menunjukkan ahli-ahli jawatankuasa kelab berkenaan merayakan kejayaan mereka sepanjang tahun 2011 sementara gambar paling bawah menyaksikan beberapa pemain muda Muara Vella telah terpilih mewakili negara dalam kejohanan U-14 diperingkat serantau.

Butra Heidelberg Cement Tour de Brunei 2011 berjaya


Duli  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah bergambar ramai dengan para pemenang setiap kategori kejohanan.(foto; Jabatan Penerangan).


BERAKAS, Ahad, 11 September. -  Cabaran Butra Heidelberg Cement Tour de Brunei 2011 menjadi landasan terbaik untuk mengangkat mutu sukan basikal di negara ini sekaligus mencungkil dan memberi pendedahan terbaik pelumba negara bersaing dengan pelumba antarabangsa yang sudah menempah nama.

Persaingan menarik  kejohanan yang disertai oleh  pelumba-pelumba profesional antarabangsa menerusi lima peringkat yang berliku cukup mendebarkan sebelum dinobatkan selaku juara.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat menyempurnakan penganugerahan hadiah-hadiah kepada pemenang  bagi Peringkat Ke-5 di Kompleks Yayasan Suitan Haji Hassanal Bolkiah di ibu negara, di sini.

Perlumbaan peringkat akhir itu bermula dan berakhir di Jalan Sultan di ibu negara selepas menjelajah  sejauh 146.5 kilometer dengan lima pusingan.

Makekimizan Ramin, pelumba Pasukan Tabriz Petrochemical daripada Republik Islam Iran muncul juara dengan catatan masa 3:37:32 sekali gus mengenepikan pelumba-pelumba dari pasukan Basikal Pro Terengganu dan Pasukan Kebangsaan Malaysia yang menguasai perlumbaan dalam semua peringkat sebelum ini.

Pelumba Jepun yang mewakili pasukan Basikal Pro Terengganu, Shinichi Fukushima yang mempunyai catatan masa yang sama dengan juara perlumbaan dan diikuti tempat ketiga oleh Phuchong Sai-Udomsin daripada pasukan Kebangsaan Thailand yang mencatatkan masa 3:37:35.

Pelumba negara, Md. Raihan Abd.  Aziz berada di tempat ke-9 dengan catatan masa 3:39:37 sekali gus berkongsi masa bersama pemenang tempat keempat.

Dalam kategori berpasukan, Pasukan Kebangsaan Thailand mencatatkan kumpulan masa 10:56:49 menyingkirkan pasukan Tabriz Petrokimia dari Republik Islam Iran untuk menduduki tempat kedua setelah berselisih dua saat di belakang  dan pasukan Kebangsaan Viet Nam berada di tempat ketiga dengan kumpulan masa 10:58:51.

Sementara dalam pendakian raja bukit di bahagian ketiga di kilometer 91.7  dimenangi oleh Phuchong Sai-Udomsin daripada pasukan Kebangsaan Thailand selepas  mengutip empat mata manakala  tempat kedua oleh Minh Thuy Bui daripada Pasukan Kebangsaan Viet Nam dan pelumba Jepun Motoi Nara daripada pasukan Basikal Pro Terengganu yang mengutip satu mata berada di tempat ketiga.

Dalam Kategori Pelumba Muda di bawah 23 tahun, Mohamed Adiq Husainie Othman dari Pasukan Kebangsaan Malaysia mengengam juara sambil Bambang Suryadi daripada  pasukan Polygon Sweet Nice dari Indonesia menjadi naib juaa  dan ketiga dimenangi oleh  Sarawut Sirironnachai dari pasukan Kebangsaan Thailand.