PASUKAN BRUNEI DPMM FC 2012. Selamat Berjuang, Harumkan nama Negara Brunei Darussalam..

LATEST RESULT / GAME






30 Mar 12Brunei DPMM (3)- : -Gombak United (0)
di Jurong West Stadium, Singapore..>>>>NEXT GAME....6 April >>>Brunei DPMM FC vs Court Young Lion di Stadium Negara Hassanal Bolkiah

Selasa, 13 September 2011

Butra Heidelberg Cement Tour de Brunei 2011 berjaya


Duli  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah bergambar ramai dengan para pemenang setiap kategori kejohanan.(foto; Jabatan Penerangan).


BERAKAS, Ahad, 11 September. -  Cabaran Butra Heidelberg Cement Tour de Brunei 2011 menjadi landasan terbaik untuk mengangkat mutu sukan basikal di negara ini sekaligus mencungkil dan memberi pendedahan terbaik pelumba negara bersaing dengan pelumba antarabangsa yang sudah menempah nama.

Persaingan menarik  kejohanan yang disertai oleh  pelumba-pelumba profesional antarabangsa menerusi lima peringkat yang berliku cukup mendebarkan sebelum dinobatkan selaku juara.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat menyempurnakan penganugerahan hadiah-hadiah kepada pemenang  bagi Peringkat Ke-5 di Kompleks Yayasan Suitan Haji Hassanal Bolkiah di ibu negara, di sini.

Perlumbaan peringkat akhir itu bermula dan berakhir di Jalan Sultan di ibu negara selepas menjelajah  sejauh 146.5 kilometer dengan lima pusingan.

Makekimizan Ramin, pelumba Pasukan Tabriz Petrochemical daripada Republik Islam Iran muncul juara dengan catatan masa 3:37:32 sekali gus mengenepikan pelumba-pelumba dari pasukan Basikal Pro Terengganu dan Pasukan Kebangsaan Malaysia yang menguasai perlumbaan dalam semua peringkat sebelum ini.

Pelumba Jepun yang mewakili pasukan Basikal Pro Terengganu, Shinichi Fukushima yang mempunyai catatan masa yang sama dengan juara perlumbaan dan diikuti tempat ketiga oleh Phuchong Sai-Udomsin daripada pasukan Kebangsaan Thailand yang mencatatkan masa 3:37:35.

Pelumba negara, Md. Raihan Abd.  Aziz berada di tempat ke-9 dengan catatan masa 3:39:37 sekali gus berkongsi masa bersama pemenang tempat keempat.

Dalam kategori berpasukan, Pasukan Kebangsaan Thailand mencatatkan kumpulan masa 10:56:49 menyingkirkan pasukan Tabriz Petrokimia dari Republik Islam Iran untuk menduduki tempat kedua setelah berselisih dua saat di belakang  dan pasukan Kebangsaan Viet Nam berada di tempat ketiga dengan kumpulan masa 10:58:51.

Sementara dalam pendakian raja bukit di bahagian ketiga di kilometer 91.7  dimenangi oleh Phuchong Sai-Udomsin daripada pasukan Kebangsaan Thailand selepas  mengutip empat mata manakala  tempat kedua oleh Minh Thuy Bui daripada Pasukan Kebangsaan Viet Nam dan pelumba Jepun Motoi Nara daripada pasukan Basikal Pro Terengganu yang mengutip satu mata berada di tempat ketiga.

Dalam Kategori Pelumba Muda di bawah 23 tahun, Mohamed Adiq Husainie Othman dari Pasukan Kebangsaan Malaysia mengengam juara sambil Bambang Suryadi daripada  pasukan Polygon Sweet Nice dari Indonesia menjadi naib juaa  dan ketiga dimenangi oleh  Sarawut Sirironnachai dari pasukan Kebangsaan Thailand.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan