PASUKAN BRUNEI DPMM FC 2012. Selamat Berjuang, Harumkan nama Negara Brunei Darussalam..

LATEST RESULT / GAME






30 Mar 12Brunei DPMM (3)- : -Gombak United (0)
di Jurong West Stadium, Singapore..>>>>NEXT GAME....6 April >>>Brunei DPMM FC vs Court Young Lion di Stadium Negara Hassanal Bolkiah

Ahad, 15 Januari 2012

CR United bawa 6 import Brazil 1 Romania hadapi DPMM FC




BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad.  – Perlawanan bola sepak Amal Tabung Mangsa Banjir Thailand dan Kemboja bagi pasukan DPMM FC dengan CR United dari Thailand pasti menjanjikan satu pertemuan menarik apabila pasukan Thailand itu membawa kesemua 7 pemain importnya untuk menguji tuan rumah di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, rabu ini.
“Kami akan sedaya upaya memberikan persembahan menarik. Kami mengunakan kesemua pemain import dan pemain terbaik dalam perlawanan amal ini”,jelas pemilik  Kelab Chiang Rai,   Miti Tiyapariat sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas, petang tadi.
Katanya, perlawanan ini merupakan latihan terbaik untuk pasukan kami dalam persiapan menghadapi dua perlawanan terakhir yang penting dalam Liga Perdana Thailand.
Menurutnya, perlawanan amal ini merupakan satu lagi cara untuk memantapkan motivasi semua pemain-pemain dalam membentuk satu pasukan dalam meningkatkan lagi kejayaan pasukan itu.
Beliau menambah sekalipun  hanyalah perlawanan amal, ia pasti menjanjikan satu pertemuan yang sengit kerana pasukan DPMM FC juga  mahu menyaksikan sejauh mana perkembangan pasukan itu dalam persedian untuk menghadapi kancah Liga S bulan depan.
CR United ketika ini merupakan diantara pasukan terbaik dalam Liga Perdana Thailand dengan setakat ini hanya mencatatkan dua kali kekalahan ketika bermain digelanggang sendiri.
Sementara itu, pengurus kelab DPMM FC, Pengiran Haji Waslimin yakin pemain-pemainnya akan menayangkan permainan yang bermutu dengan member I saingan kepada pasukan pelawat.
“Perlawanan ini juga menjadi ukuran terbaik untuk melihat sejauh mana kemantapan pasukan selepas beberapa bulan menjalani latihan di samping untuk menyaksikan keberkesanan pemain-pemain import yang baru diikat”,jelasnya.
Perlawanan amal itu adalah  anjuran Kelab DPMM FC  dengan sokongan dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan Persatuan  Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam  (NFABD).
Ia juga sebagai  ujian bagi ketua jurulatih DPMM FC, Vjeran Simunic  yang rancak membentuk pasukan bagi menghadapi  kejohanan bola sepak Liga Singapura (Liga S).
Pengiran Haji Waslimin berharap sokongan  padu peminat bolasepak di negara untuk sama-sama menyaksikan perlawanan amal itu sambil menderma bagi membantu tabung yang telah ditubuhkan baru-baru ini.
Pihak penganjur menyediakan tiket $5.00 tiap seorang bagi perlawanan itu nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan