PASUKAN BRUNEI DPMM FC 2012. Selamat Berjuang, Harumkan nama Negara Brunei Darussalam..

LATEST RESULT / GAME






30 Mar 12Brunei DPMM (3)- : -Gombak United (0)
di Jurong West Stadium, Singapore..>>>>NEXT GAME....6 April >>>Brunei DPMM FC vs Court Young Lion di Stadium Negara Hassanal Bolkiah

Jumaat, 13 Januari 2012

Wijaya cipta kemenangan sulung





BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat.  - Selepas kecewa dua kali berturut-turut, pasukan Wijaya petang tadi mula lega dengan kejayaan mencipta kemenangan sulung selepas menewaskan pasukan Lun Bawang 3-0, persaingan Liga Bola Sepak Kebangsaan DST 2011-2012  di Kompleks Sukan  Berakas.

Turunan pasukan Wijaya nampak berbeza dengan lebih awal membuat asakan bertalu sehingga Jamrin Haji Johari hanya menunggu dua minit perlawanan untuk membolosi gawang Lun Bawang malah Ak. Anaqi Sufi Pengiran Haji Omat turut melepaskan ledakan kencang untuk menjarakkan keduduakn 2-0 dua minit selepas itu.

Lun Bawang yang tersentak dengan dua jaringan dalam masa 4 minit terkial-kial mencari rentak bagaimanapun pasukan dari Daerah Temburung itu berjaya mengimbangi perlawanan tetapi beberapa serangan mereka tersangkut dibentang pertahanan Wijaya.

Perlawanan mula seimbang sekalipun Wijaya bagai harimau luka mencari lebih banyak santapan tetapi pasukan pelawat bangkit menutup kesilapan awal.

Babak kedua perlawanan lebih menarik di sebalik rentak hati-hati anak buah Hussien Moktal yang mempunyai kelebihan dua jaringan. Ketika pasukan Lun Bawang rancak mencari jaringan semangat mereka bagai lupa jerat apabilan Ak Anaqi Sufi Pengiran Haji Omar Baqi berjaya menambah derita Lun Bawang ketika perlawanan berbaki dua minit.

Kemenangan sulung pasukan Wijaya membolehkan pasukan membuka ruang pasukan itu untuk memberi saingan dalam kumpulan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan