PASUKAN BRUNEI DPMM FC 2012. Selamat Berjuang, Harumkan nama Negara Brunei Darussalam..

LATEST RESULT / GAME






30 Mar 12Brunei DPMM (3)- : -Gombak United (0)
di Jurong West Stadium, Singapore..>>>>NEXT GAME....6 April >>>Brunei DPMM FC vs Court Young Lion di Stadium Negara Hassanal Bolkiah

Selasa, 17 Januari 2012

Perlawanan panas badan CR United dan DPMM FC


BANDAR SERI BEGAWAN,  Selasa.  – Peminat bola sepak tanah air semestinya sudah lama tertunggu-tunggu dan sangat rindu untuk menyaksikan  perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan  bola sepak negara   beraksi  dengan pasukan  antarabangsa  setelah  negara Brunei Darussalam digantung  penyertaan dari  apa-apa kejohanan  kendalian  FIFA sejak  beberapa tahun lalu.
Namun malam esok (Rabu) kerinduan itu pasti terubat apabila perlawanan amal bagi Tabung Mangsa Banjir Thailand dan Kemboja  mempertemukan  pasukan DPMM FC dengan CR United dari Thailand yang keduanya  bertekad  menjadikan  perlawanan  itu  bermutu dan penuh aksi.
Sekalipun sekadar perlawanan amal, namun kedua pasukan menyifatkan perlawanan itu sangat penting untuk mengukur dan meningkatkan keupayaan pasukan masing-masing.
Penolong pengurus pasukan DPMM FC, Awang Ilham Haji Jais menyambut baik perlawanan berkenaan kerana ia menjadi medan penting untuk pasukannya  sebagai perlawanan ‘panas badan’.
“Inilah perlawanan pertama pasukan DPMM FC dengan  pasukan antarabangsa setelah giat menjalani latihan kecergasan. Apa yang diharapkan agar semua pemain mengambil menfaat dan iktibar dari perlawanan itu nanti”,jelasnya pada Sidang Media di NFABD House, di Berakas, petang tadi.
Ketua Jurulatih DPMM FC, Vjeran Simunic berkata seperti semua orang tahu, pasukan DPMM FC telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Liga S musim 2012 jesteru  inilah peluang pemain-pemain mempamerkan mutu permainan masing-masing.
Katanya, ia juga menjadi ujian penting kepada pemain-pemain import yang baru diserapkan untuk membuktikan kehebatan dan langkah untuk menserasikan bersama pemain-pemain tempatan.
“Kita telah berkerja keras membina pasukan dan terus berusaha untuk memantapkannya,  sedikit masa lagi kita perlu melihatkan hasilnya”,jelas Simunic.
Sementara itu, CR United pula mahu mempamerkan perlawanan yang menarik malah ia menganggap pasukan tuan rumah juga merupakan satu pasukan yang tepat untuk pasukan itu menimba pengelaman.
“Saya yakin pasukan tuan rumah memiliki kelebihan pemain-pemain tempatan dan gandingan tenaga import telah menjadikan pasukan ini yang terbaik”,jelas pemilik kelab CR Untied, Miti Tiyapariat
Tiket-tiket berharga $5.00 akan mula dijual di perkarangan Stadium Negara Hassanal Bolkiah bermula 9 pagi esok (rabu).
Menurut penganjur perlawanan,  penonton hanya akan masuk melalui pintu  utama  Stadium Negara Hassanal Bolkiah bermula pada 6 petang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan