PASUKAN BRUNEI DPMM FC 2012. Selamat Berjuang, Harumkan nama Negara Brunei Darussalam..

LATEST RESULT / GAME






30 Mar 12Brunei DPMM (3)- : -Gombak United (0)
di Jurong West Stadium, Singapore..>>>>NEXT GAME....6 April >>>Brunei DPMM FC vs Court Young Lion di Stadium Negara Hassanal Bolkiah

Jumaat, 20 Januari 2012

KEJOHANAN LAWN BOWLS PAIRS TERBUKA BRUNEI DARUSSALAM PADA 8 – 12 FEBRUARI 2012


R i Z i Q
Event Management Services


Persatuan Lawn Bowls Kebangsaan Brunei Darussalam dan RIZIQ Event Management Services dengan sokongan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan akan menganjurkan Kejohanan Lawn Bowls Pairs Terbuka Brunei Darussalam pada 8 Februari sehingga 12 Februari 2012 di Pusat Lawn Bowls, SNHB, Berakas.
DUA (2) kategori akan dipertandingan iaitu Double Lelaki dan Double Wanita. Kejohanan ini akan disertai beberapa perserta luar negara seperti UAE, Macau, Thailand,Sabah Malaysia mengesahkan penyertaan dalam kejohanan ini disamping Negara Brunei Darussalam.
Kejohanan jemputan  ini merupakan kali pertama diadakan dengan kerjasama pihak swasta dalam meningkatkan sukan Lawn Bowls negara disamping menganjurkan perlawanan yang mendapatkan sokongan dari negara-negara luar. Melalui kejohanan ini juga akan dapat memberi pengalaman dan pendedahan kepada pemain negara untuk lebih bersaingan dengan perserta luar negara.
Dalam memeriahkan lagi kejohanan ini, Penganjur Kejohanan juga akan mengadakan mini expo dalam menarik minat orang ramai menyaksikan perlawanan 5 hari itu nanti. Beberapa acara seperti peraduan mewarna bagi kanak-kanak bawah 10 tahun diadakan pada hari Jumaat 10.Feb dan kanak-kanak bawah 12 tahun hari Ahad 12 Feb 2012 di Pusat Lawn Bowls, SNHB, Berakas. Selain itu beberapa acara seperti peraduan meneka berat bola Lawn Bowls juga diadakan kepada orang ramai dan yang pasti ditunggu-tunggu adalah hadiah cabutan bertuah. Orang ramai hanya perlu mengisi borang yang disediakan pihak penganjur dan tiada bayaran dikenakan.
Tarikh tutup penyertaan perserta negara pada hari Sabtu 28 Januari 2012. Borang kejohanan boleh diperolehi di Pusat Lawn Bowls, SNHB, Berakas atau Urusetia Kejohanan di talian 8859993 atau 8669828.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan